LIVE | [BM] MPL MY Season 17 Playoffs Hari 3

Hari ketiga Playoffs MPL MY Season 17!

Debaran makin memuncak! Esok pentas Playoffs bakal menyaksikan pertembungan hidup mati antara Team Vamos dan BTRM. Kalah bermakna pulang, jadi kedua-dua pasukan pastinya akan berhabis-habisan demi mempertahankan impian mereka!

Seterusnya, tumpuan paksi utama beralih kepada perlawanan tumpuan antara iG yang bakal menguji taring sang gergasi merah, SRG! Pemenang aksi sengit ini bakal mendapat tiket selesa terus ke Grand Final, manakala yang tewas harus akur jatuh ke Lower Bracket untuk menggunakan talian hayat terakhir mereka.

Siapa bakal meneruskan langkah mereka dan siapa yang terpaksa akur dengan kekalahan mereka?

Jumaat | 5 Jun 2026
VMS vs BTRM – 3:00 PM
iG vs SRG – 7:00 PM

📌 MPL MY S17 Playoffs Venue: Stadium Juara
🎪 Aktiviti Booth: 3 – 7 Jun 2026
🎙️ Aktiviti Pentas: 5 – 7 Jun 2026
🎟️ Pautan di bio

#MYtimeMYera #MPLMYS17 #MLBB