LIVE | [BM] MPL MY Season 18 Minggu 2 Hari 1

MINGGU 2 MPL MY SEASON 18!

Minggu baharu, cabaran baharu. Setiap pasukan kembali dengan satu misi iaitu memburu kemenangan!

Musim lalu, VMS gagal menewaskan iG sepanjang Regular Season, sebelum bangkit membalasnya di Lower Bracket Final. Kali ini, mampukah VMS mengubah cerita di Regular Season dan meneruskan momentum kemenangan mereka?

BTRM dan SRG pula masih mempertahankan rekod tanpa kalah. Namun hari ini, salah satu winstreak bakal terhenti. Siapa bakal mempertahankan winstreak mereka? Sang Gergasi Merah atau Robot Merah? 👀

Jumaat | 21 Ogos 2026
iG vs VMS – 5:00 PM
BTRM vs SRG – 8:15 PM

📌 MPL MY Arena, Level 6, Quill City Mall Convention Centre
🎟️ Pautan tiket di bio

#MYtimeMYera #MPLMYS18 #MLBB #MobileLegendsBangBang