LIVE | [BM] MPL MY Season 18 Minggu 2 Hari 2
Hari kedua Minggu 2 membuka lembaran baharu!
VMS dan Team Rey kembali bertembung. Musim lalu, VMS tidak berjaya menundukkan Team Rey sepanjang Regular Season. Namun dengan wajah baharu yang dibawa Team Rey musim ini, adakah keputusan sama bakal berulang atau VMS akhirnya mampu memecahkan rekod tersebut?
AC pula masih mencari rentak terbaik mereka, sementara iG semakin dahagakan kemenangan. Pertembungan ini menjadi peluang buat kedua-duanya untuk membuktikan siapa lebih bersedia.
RRQ pula berdepan satu lagi ujian besar apabila Robot Merah menanti. Ketika RRQ mahu kembali mendapatkan rentak, BTRM hadir dengan misi untuk terus mempertahankan dominasi mereka.
Siapa bakal menutup hari ini dengan kemenangan?
Sabtu | 22 Ogos 2026
TR vs VMS – 2:30 PM
AC vs iG – 5:00 PM
BTRM vs RRQ – 8:15 PM
📌 MPL MY Arena, Level 6, Quill City Mall Convention Centre
🎟️ Pautan tiket di bio
#MYtimeMYera #MPLMYS18 #MLBB #MobileLegendsBangBang